Saturday, June 25, 2011

Atukkooiii.... sitcom bersama Othoe(3)




Gambar - Gambar Penggambaran

Atukkooiii.... sitcom bersama Othoe(2)

cover vcd sitcom atukkooii

poster VCD Atukkooiii

Atukkooiii.... sitcom bersama Othoe(1)


IVYE ALEXANDRA & OTHOE

Berehat kadai mamak selepas shoting

Dalam tempoh hampir setahuan bersiaran jauh nun di kuala lumpur, tiba-tiba Suria Pagi Kinabalu kelolaan DJ Othoe menjadi fenomena, ngam2 tebejumpa sama si Othoe n kami berbincanglah pasal projek gila2 gila ni untuk jualan time kaamatan 2009... Othoe setuju... ada yang mengolo' VCD kami ni tapi lagi ramai yang suka, jualannya buli tahan... memandangkan jualannya bagus , 2010 duduk lagi sama si othoe untuk fikir Atukkkoooiii 2 tapi tidak menjadi kenyataan sbb kami masing masing sibukkk... banyak artis sabah bertaraf STAR dalam VCD ni OTHOE, FELIX, IVYE, MEEDA & CLARICE J MATHA... n pelakon-pelakon berbakat sabah yang lain... kamu tinguk itu pembaca berita........dalam vcd nih | Penggambaran bermula hari JUMAAT petang dan selesai hari AHAD malam... kira laju juga la... kami siapkan vcd ni sambil main-main sambil serius......hahaha. ( othoe kini sudah tidak bersama suria fm dan ramai yg keciwa...inda apa ging ada yang menanti tu...

Saturday, June 18, 2011

Bujang 2nd Hand telemovie VCD ke - 5 arahan saya; ada dua tape hilang masa editing... tapi masih boleh sambung...

VCD ini semacam bengkel pengarahan yang banyak mendidik saya tentang teknik kerja Tony F Gitom

ni movie arahan aku yang ke - 4 ( masih fail...huhu...tapi aku banyak belajar dari movie ni

The Making of Cinta Itu Anugerah arahan aku


The Making VCD Cinta Itu Anugerah... ni lah pengalaman pertama aku mendirect movie

Ongkor - aku turun 10kg belakon dalam cerita ni...

aku belakon di tengah tengah KL

Lagi cerita lama 2004 ; ONGKOR KE KUALA LUMPUR MENCARI ANAK TERSAYANG DALAM VCD ONGKOR : ORANG KAMPUNG

Telefilem ini merupakan karya dan arahan Tony Francis Gitom 90% penggambaran dibuat di Kuala Lumpur dan 10 % di Sabah. Ketika buku ini ditulis, telefilem ini belum lagi berada di pasaran. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur bagi tujuan penggambaran, beberapa pelakon extra ketika penggambaran vcd ini di KL ialah terdiri daripada pelajar pelajar Sabah yang sedang mengikuti pengajian di sana yang kebetulan sedang bercuti. Mereka menjadi pelakon tambahan untuk mencari pocket money musim cuti. Saya berlakon dalam telemovie ini kerana menggantikan Abu Bakar Elah yang tidak dapat meneruskan atas sebab peribadi dengan pengarah dan juga komitmen lain yang menunggu di Sabah ketika itu. Dalam telemovie ini saya banyak belajar mengenai pembikinan adegan stunt seperti aksi terbang, pergaduhan, kejar mengejar kereta, samseng dan lain-lain. Telefilem ini padat dengan aksi pertarungan Ongkor (dari Sabah) dengan samseng dan ‘penjahat’ KL. Ongkor datang ke KL dengan tujuan mencari dan mengajak pulang anaknya bernama Surindai ke Sabah. Sekumpulan stuntman dan pakar babak pertarungan diupah untuk menjayakan telefilem ini. walau pun sangat meletihkan tapi saya merasa benar-benar bertuah kerana dipilih oleh Tony Francis Gitom mengambil alih peranan Abu Bakar Elah. Oleh kerana beliau senior dalam seni lakon dan juga nyanyian kita di Sabah, saya memaklumkan juga penerbangan saya ke KL mengantikan tempat beliau.Penggambaran pertama di buat sebuah hutan di Hulu Langat Selangor, tempat itu cantik. Walau pun hutannya agak tebal tapi jalannya beraspal, betul-betul terasa seperti di Sabah dan memang pun tujuan penggambaran dibuat di situ ialah untuk mengambil latar kampung dan hutan di Sabah. Adegan saya mengejar posmen dibuat di situ. Banyak adegan stunt dibuat. Adegan terbang, memanjat pokok dengan pantas menggunakan kabel khas. Sewaktu penggambaran sedang berehat untuk adegan ,tiba-tiba sebuah motorsikal kapcai berhenti di tepi jalan berhampiran tempat kami membuat penggambaran. Semua krew meluru ke situ, saya fikir orang kampung berdekatan yang marah kerana kami membuat penggambaran di situ tapi rupanya Itu adalah pelakon Abu Bakar Omar yang sedang dalam perjalanan menunju ke kebunnya. Saya tidak sempat bertemu beliau kerana terlalu letih. Tiga hari berturut-turut semua penggambaran dibuat di situ. Semua adegan stunt di selaraskan oleh Yang Kasim. Kebanyakan stuntman beliau ialah stuntman filem termasuk filem Puteri Gunung Ledang dan Castelo . Bangga berkerja dengan beliau yang sentiasa memberi tunjuk ajar semasa penggambaran. Isteri beliau menjadi Make up artist dalam vcd itu sangat baik namanya Su. Penggambaran seterusnya di buat di sekitar bangunan dan lorong di Bukit Bintang. Berlari mengejar motosikal di tengah-tengah orang ramai di situ sangat mengujakan saya. Berjalan di tengah-tengah Kuala Lumpur, melintas jalan, masuk ke lorong itu dan ini mengajar saya erti lakonan yang sebenar. Saya hanya di suruh berjalan dan kadang-kadang tidak tahu di mana kamera sedang berada. Karakter pakaian dan cara saya berjalan yang memandang ke sana kemari kadang memancing perhatian orang ramai yang melihat saya. Sebenarnya saya menyetai telemovie ini bukan atas sebab ingin sangat berlakon tapi lebih kepada mencari rezeki dan ingin belajar. Setakat berlakon,di Sabah pun boleh, kalau bukan penggambaran tv/vcd pun saya boleh berlakon teater di Dewan Bahasa. Saya hampir putus asa dengan cabaran yang terpaksa di tempuh tapi saya gagahkan juga. Kebanyakan scene telemovie ini melibatkan sama ada saya dipukul atau memukul orang! Selebihnya berjalan mencari anak, mengejar orang yang melarikan anak saya ( palis-palis ) dan terjun atau memanjat pokok . Hebat bukan alang-alang punya kata orang kita.“ kenapa ? saya suka orang Sabah bah , diorang banyak support program hiburan dan artist di sini” kata Azwan Ali pengacara bila saya bertanya beliau kenapa sanggup menyertai telemovie Ongkor . Beliau sebenarnya menjadi bintang undangan dalam telemovie ini. Pengalaman berkerja dengan beliau sangat istimewa. Beliau professional. Menurut beliau ketika itu, setiap hari seawal 4.30 pagi beliau mula buat kerja di RTM sampai tengahari, Petang di TV3 dan malam di Astro. Begitulah kalau sudah popular rupanya. Telefilem ini memberi peluang saya tinggal di KL hampir 3 minggu, menumpang di rumah Din Cj ( pengarah siri Cinderela ) di Damansara Damai. Telefilem ini menggunakan dua orang jurukamera. Minggu pertama jurukameranya yang mesra dengan panggilan Jantan banyak mengajar tentang teknik berlakon depan kamera dan hak-hak seorang pelakon. Minggu seterusnya hingga selesai, jurukameranya bernama labu yang banyak mengajar saya tentang jenis-jenis dan tujuan shot.Apa sekali pun pengalaman semasa pembikinan filem tetap yang terhebat sepanjang saya terbabit dalam senilakon tv. Letih, penat dan seumpamanya tapi berkat kesabaran selesai juga akhirnya. L sedih smpai skrg vcd ni blm release